Archive for the night life Category

night life of oldie o.r.e.o

Posted in night life, pics post with tags on Januari 5, 2009 by o.r.e.o
o.r.e.o night life

o.r.e.o night life

my day twisted back into student life, night-life bay bee…arggghh. aku terpaksa jugak habis kan 2 subject last kat ukm which is geophysic and human resource management…btw. aku na promo sket shisha kawan aku ni kat ameerali mamak yg agak sempoi kat bangi ni. shisha dia bestt giler. sb buatan dia ikhlas dari hati dgn segala kasih syg dia di curah sepenuh hati utk menghasilkan shisa tersebut..perghhhh.

bestt, try urself if u dunt believe. sure sangkut jugak..harga standard la rm10, kalo tong xda la mahal sgtt kan..affordable, lg pun ptptn br masuk kan for those yg dptt. bg yg da keja sure tada masala la kan.

kawan-kawan jom shissa brader ijam.

p/s : ijam takdo bagi cukai kat den sobab promo eh.

o.r.e.o

Advertisements

Sejenak terbangun

Posted in night life with tags on November 16, 2008 by o.r.e.o

Jam dinding corak bola milik keba sudah menunjukkan 3.17 a.m. Terpaku aku didepan laptop sambil meng ‘usha’ blog rakan-rakan sambil tergelak seorg diri. Di luar sgt kelam, pandangan cuma 10 meter wah jauh sgt tuh cuma 2 meter dan sgt sejuk, tiba-tiba aku ter’flash back’ blog entry sorg rakan berkenaan pocong menyebabkan tangan kananku secara spontan menutup rapat langsir sediaan kolej (trima kasih kepada langsir) dan membuka winamp agar suasana kembali normal.

Ironicnya aku sudah menetapkan waktu bangunku jam 7 a.m tetapi terganggu disebabkan kecemasan seorg rakan, terpaksa bergegas pulang ke kg secara tiba-tiba menyebabkan aku keseorangan dibilik ditemani snek mi mamee monster yang rangup dan berkaedah diwaktu malam serta sebotol r.o water 20sen 500ml isian semula hasil kemudahan kolej.

Bilik-bilik flatlet di UO dan kolejku boleh dikatakan se’pesen’ disebabkan binaannya seperti sel-sel jail yg menempatkan 1 penghuni berdaftar dan beberapa setinggan yg dilantik oleh tuan bilik. Bole dikatakan sel anwar ibrahim waktu tahanan ISA disebabkan ada WIFI, tilam, serta wardrobe wlalupun pintunya sudah tiada namun tetap selesa. walaupun suasana disini agak hambar terutama diwaktu mlm kerana musim peperiksaan tp dgn binaan wifinya sedikit sebanyak mengisi kebosanan di mlm hari.

Waargh  Sudah hampir 5 tahun aku kat sini.. Grrr kacau.

Aku sedang mengelamun lagi! rokok pun tak macam rokok dah bila isap, tak rasa apa-apa dah. Tapi rokok memang tak rasa apa-apa pun. Air r.o terpaksa aku telan walaupun aku merungut ianya tawar dan sememangnya aku tahu air itu tiada perisa. Sedap juga kalo ada segelas tea tarik mamak dgn roti canai mamak waktu perut terasa lapar sebegini.

Kembali aku menatap skrin, terfikir juga aku tiada pengisian lgsg minggu sudah walhal sebelum ini aku asik ulang-alik ke KL bersama teman, melepak di BB bistro sambil melayan live band, karok, ke downtown, gig, concert, skrang cuma aku “cold down” di dalam bilik tanpa lagu lalala kerja dendangan meet uncle husain setiap pagi sbgai alarm utk aku bangun bekerja. 5 bulan yg agak hetic dlm hidupku.

Haih! Esok suatu hari baru, coraknya belum ketahui sb aku bukan nujum pak belalang yg ada mangkuk bole tgk siapa pencuri lembu..kalo ada best bole skodeng.gagaga. aisey dlm kotak pikiranku. siapakah aku dlm 10 tahun akan dtg waktu umurku sudah 33? org kata life is easy, so take it easy.

*aku menyesal membaca entri pocong sebelum ini. damn.

o.r.e.o